Saturday, March 15, 2008

PEMBUKA KATA

Assalamualaikum WBT,

Salam dihulur pemula bicara. Tulisan di sini bukanlah untuk bermadah pujangga. Bukan juga untuk memulakan sengketa. Kami hanyalah anak Melayu yang tidak pernah lupa akan pengorbanan nenek moyang yang telah bergadai nyawa dan harta menongkatkan perjuangan anak bangsa. Segala tulisan di sini adalah terbuka kepada penilaian dan kritikan tetapi semua komen perlulah ditulis mengikut adab dan sopan warisan bangsa kita.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda tetapi diharapkan biarlah kedatangan anda tidak akan mencetuskan apa-apa kegusaran di sini. Bak bertandang ke rumah saudaralah perihalnya. Semoga tulisan kami mampu membuka minda anda dalam melihat sesuatu mengikut sudut perspektif pandangan mata, hati dan minda kami. Itu sahaja yang kami pinta.


Hidup Melayu!

*JIWA BANGSA*

No comments: