Pada hari ini, sudilah kiranya kita bersama-sama menghayati bait-bait puisi yang dibacakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu masa dahulu buat pedoman kau dan aku.
Melayu mudah lupa! Melayu mudah lupa! Melayu mudah lupa! Melayu mudah lupa!
Dulu bangsanya dipijak, Melayu mudah lupa! Dulu bangsanya retak, Melayu mudah lupa!
Dulu bangsanya teriak, Melayu mudah lupa! Dulu bangsanya haprak, Melayu mudah lupa!
Dulu bangsanya kelas dua, Melayu mudah lupa! Dulu bangsanya hina, Melayu mudah lupa!
Dulu bangsanya sengketa, Melayu mudah lupa! Dulu bangsanya derita, Melayu mudah lupa!
Dulu bangsanya kerdil, Melayu mudah lupa!
Dulu bangsanya terpencil, Tiada daulat, Tiada maruah, Tiada bebas
Melayu mudah lupa! Melayu mudah lupa! Melayu mudah lupa!
Sejarah bangsanya yang lena, Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah! Ingatlah! Ingatlah!
Wahai bangsaku! Jangan mudah lupa lagi! Kerana perjuanganmu belum selesai!
HIDUP MELAYU!
*TUN FATIMAH*
No comments:
Post a Comment